Sunday, 9 August 2015

Mengemis Kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa ku menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


-sepatutnya ku utus kiriman ini padanya. Tapi kerana Allah, bkn dia yang menerimanya akan tetapi insan yang Allah hadirkan 21 hari sebelum pemergiannya. Kerana Allah jua , bbrp hal tidak ku lakukan buatnya dan itu lah tanda-tanda yang Allah beri buat ku tentang nya... Sungguh Allah meletakkan hati ini untuk redha dengan ketentuan Nya lbh awal sebelum Dia datangkan ujian berat itu... Sungguh berat untuk ku menerima, namun setelah ku imbau kembali ku ingat bahawa Aku serahkan segala urusan nya pada Allah. Maka aku mesti redha dengan apa yang Allah uji.. Semoga dia juga redha dengan ku atas semua ini.. Nantikan pertemuan kita d syurga bersama insan yg soleh jua Rasulullah tercinta... Aamiin ya Rabb.. 

No comments:

Post a Comment