Monday, 26 January 2015

Ilmu

    Alhamdulillah, dengan nikmat yang diberikan daku masih mampu bernafas dan meneruskan langkah kehidupan. Setiap sesuatu yang diciptakan Allah adalah dengan ilmu Nya. Ilmu Yang Maha Esa tiada terbatas. Ilmu adalah suatu pengetahuan yang baharu. Ianya sangat penting dalam kehidupan sebagaimana yang di turunkan wahyu keatas Rasulullah yang merupakan utusan terakhir. wahyu yang di turunkan bebunyi "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan sekalian makhluk."

 
 Disini daku ingin berkongsi antara kitab yang dipelajari sekarang. Dari kanan : kitab matan bina' dan kitab matan ummu barohin. Matan bina' membincangkan tentang tasrif-tasrif fe'el. Manakala kitab matan ummu barahin mengisarkan tentang ilmu tauhid. Apakah itu matan? Matan adalah kitab yang ditulis secara ringkas.Penulis hanya memuatkan fakta-fakta penting tanpa memasukkan sebarang penerangan yang panjang dan terperinci terhadap sesuatu permasalahan. 

     Bila disebut tentang matan, secara automatik ianya kitab yang perlu dihafal. Kerana terdapat fakta-fakta penting didalamnya. Setiap permasalahan akan dirujuk pada matan. Bukan setakat ini sahaja kitab matan, terdapat banyak lagi seperti matan syatibi(membincangkan tentang imam qiraat),matan al-fiyah, matan ajrumiyyah dan banyak lagi. Belajar sesuatu ilmu perlu kepada guru, sekiranya tiada guru maka ia berguru dengan syaitan. 

     Untuk kali ni saya hanya memberi pengenalan bagi kitab yang saya pelajari. Saya mengakui, mempelajari sesuatu itu sangat sukar apatah lagi mempelajari matan. Matan pula dalam bahasa arab. Apa pun jangan sekali  menyerah kerana kita di beri akal dan kudrat untuk digunakan. Akal diberi untuk kita berfikir dan mengingat. Kudrat pula untuk kita beramal dengan ilmu agar ia tak lari. Ingatlah, ilmu ibarat seperti air yang mengalir. Jika ia tidak mengalir, akan berkeladak dan membusuklah ia. Akhir kalam, jika terdapat salah dn silap didalam penulisan ini saya mohon maaf dan mohon di perbetulkan. Pesanan ini untuk saya dan juga pembaca. Wallahua'lam..  

No comments:

Post a Comment