Tuesday, 28 July 2015

Hikmah Yang Tersingkap

     Berjalan melihat keindahan yang d kurnia oleh Allah, subhanallah. Sungguh indah segala aturan Nya. Di sebalik yang terjadi kini baru mulai d fahami. Biar kelihatan seperti satu luka, namun sekian lama ia berlalu pasti tersingkap hikmah d baliknya. Saat itu baru tersentak oleh akal bahawa semua yang di beri oleh Nya adalah nikmat sedang kita alpa dengan nya dan tidak cuba untuk bersangka baik. Ya Allah, terima kasih atas kurnia dr Mu. Setiap yang Kau ambil pasti akan dikau ganti dengan yang lain. Supaya hamba bersyukur dengan kurniaan Mu. 

     Ya Allah, redha kan kami terhadap ketentuan yang di beri selama ini. Singkapkan hikmah d balik apa yang Kau kurniakan agar kami redha dan sentiasa mensyukuri nikmat Mu. Terkadang pandangan ini menipu dan tidak nampak hakikat, maka kurniakan kami hati yg d terangi nur agar kami dapat melibat keagungan Mu. Ya Allah, sungguh ku melihat kebenaran d balik semua ini. Hati kadang merasakan ianya terlewat, namun  sebelum nya aku telah redha dan pasrah pd Mu ya Allah.. Ya Rabb... Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ampuni daku.. Ampuni kami.. Matikan kami dalam keadaan kami telah bertaubat dan bersedia menghadap Mu.. Aamiin Ya Rabb..  

No comments:

Post a Comment